Wednesday, February 15, 2012

Senarai kesemua perlawanan Selangor musim 2012!!!


Siapa sangka, badi kekalahan terhadap pasukan Kelantan, badi asyik seri ketika siaran langsung perlawanan berakhir pada perlawanan malam ini. Dengan keadaan pasukan yang masih terumbang ambing, Selangor bangkit untuk mengecewakan pasukan tangga teratas liga super Kelantan dengan 2-1.



Adik telah mengajar abang erti permainan bolasepak yang sebenar. Itu saja ungkapan yang mampu diluahkan apabila Selangor tumpas 2-0 ditangan Selangor PKNS di stadium MBPJ, Kelana jaya malam semalam. Selangor mengalami kekalahan kali kedua pada musim ini setelah tewas kali pertama kepada Felda United dalam perlawanan ke-3.

Semakin lama, nampak semakin parah dengan prestasi pesukan Selangor ini. Masalah penyerang terus menghantui kesebelasan Irfan Bakti. Irfan seharusnya mengambil tindakan drastik terhadap permasalahn yang melanda skuad Selangor. Sukar sekali kita mendengar Selangor dilanda masalah di awal musim kecuali kebanyakannya hanya di penghujung musim.

Dimana silapnya. Selasa ini, Selangor bakal berdepan dengan peneraju liga terkini iaitu pasukan Kelantan di SBNJ. Persoalannya mampukah Selangor untuk kembali bersaing. Diharap permasalahan yang melanda pemain import baru Bosko Balaban mengenai sijil perpindahan antarabangsanya dapat diselesaikan menjelang tarikh tutup perpindahan esok. Apapun kami masih berharap dan kami yakin Selangor akan kembali menyerlah. Kita tunggu sahaja waktu yang sesuai.



Bak kata sesetengah peminat Selangor, setiap kali ada siaran langsung di tv mesti Selangor seri, bila tiada boleh pula menang. Begitulah kesudahannya di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi apabila Selangor hanya mampu seri 1-1 dengan Singapore Lions Xll yang juga disiarkan secara langsung di Astro Arena.

Nasib terus tidak menyebelahi pasukan Selangor apabila gagal menyempurnakan peluang2 keemasan yang tercipta dihadapan mata. Turun tanpa tonggak import dimana Ramez Dayoub telah digantung satu perlawanan sementara penyerang yang baru dimiliki Bosko Balaban pula masih belum mendapat sijil perpindahan antarabangsa, Selangor masih lagi mampu menguasai perlawanan walaupun sesekali mereka diserang balas oleh anak buah V. Sundramoorthy.

Dalam kealpaan barisan Selangor menyerang, mereka gagal untuk memperkemaskan kembali kubu pertahanan dan akhirnya pelawat berjaya mendapatkan gol awal dari keadaan perangkap offside yang tidak menjadi. Shahril Ishak berjaya memperdayakan pertahanan sebelum melepaskan rembatan kencang untuk menewaskan penjaga gol Selangor pada minit ke -42.

Walaubagaimanapun selang beberapa minit kemudian, Selangor bingkas  menyamakan kedudukan hasil gol cantik melalui K. Gurusamy. Guru yang mendapat umpanan dari Amri melepaskan rembatan dari luar kotak penalti dimana bola tersebut hanya mampu dilihat sahaja oleh penjaga gol Lions. Separuh masa kekal dengan 1-1.

Separuh masa kedua, Selangor terus mengandakan asakan. Memasukkan Amirulhadi untuk mengantikan Azidan nampak seakan memberi sinar harapan untuk Selangor menambah jaringan. Malangnya kebuntuan dan kegugupan dihadapan gol, Selangor terpaksa juga untuk menerima kenyataan, hanya satu mata sahaja diperolehi untuk terus kekal ditangga ke -5 liga.





Akhirnya badi kekalahan empat perlawanan berturut2 musim lalu berjaya juga dihapuskan pada perlawanan malam tadi. T-team terpaksa akur dan merelakan rekod cemerlang keatas Selangor lebur dihalaman sendiri Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah. Red Giant telah membuktikan mereka sudah kembali bangkit untuk menewaskan T-Team 1-2.


Gol Selangor berkunjung tiba pada minit ke 35 hasil sepakan penalti yang disempurnakan oleh pemain importnya Ramez Dayoub. Walaubagaimanapun jaringan tersebut berjaya disamakan oleh Zairo Anuar Zailani seawal babak kedua bermula. Tetapi telah tersurat kemenangan bakal berpihak kepada Selangor, Azidan Sarudin telah menjadi wira untuk menjaringkan gol kedua pada minit ke 77. Dengan keputusan ini Selangor telah melonjak ke tangga 5 liga dengan memungut 8 mata.


Sama hebat, sama kuat dan sama hampeh. Itu sahaja yang boleh diungkapkan mengenai perlawanan diantara Selangor menentang Sarawak di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi. Perlawanan yang berkesudahan dengan seri tanpa jaringan membuktikan kedua2 pasukan masih buntu untuk mencari jaringan.

Selangor yang terus dilanda masalah penjaring, gagal memanfaat kesempatan bermain dihalaman dan dihadapan penyokong sendiri apabila banyak melepaskan peluang2 yang terhidang. Tuah terus tidak menyebelahi Selangor apabila sepakan percuma yang cantik dari Asrarudin Putra hanya sekadar menyinggahi palang gol. Begitu juga percubaan Amri Yahya dari jarak 50 meter dan percubaan jauh Bunyamin berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Sarawak.





Sudah tiga perlawanan yang telah dilalui oleh Selangor pada musim 2012 ini. Keputusan seri, menang dah terkini kalah cukup menjadikan skuad Selangor merasa kesemuanya diawal musim. Terkini Red Giants gagal meneruskan rentak kemenangan keatas perak Sabtu lalu, apabila terpaksa tunduk 1-0 dengan kehebatan Felda United.


Gol tunggal perlawanan telah dijaringkan oleh Mohd Azrul Ahmad pada minit ke 27. Bermain ketika waktu petang di stadium Hang Jebat Melaka, Selangor gagal mencari gol penyamaan walaupun banyak peluang terhidang. Adakah faktor cuaca menjadi punca kekalahan Selangor? Apapun kalah sekali tidak bermakna kalah selamanya. Pastikan Selangor FC ngap sayot Sarawak di SNBJ pada hari Sabtu nanti...



SELEPAS bangkit mengikat Negeri Sembilan 2-2 di Paroi pada aksi sulung Liga Super, Selasa lalu, Selangor terus mempamer peningkatan apabila berjaya menewaskan Perak 1-0 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.


Jaringan tunggal Safiq Rahim pada minit ke-23 sudah cukup untuk memberi Selangor tiga mata menumbangkan Perak yang mengejutkan Terengganu 1-0 di Ipoh, Selasa lalu.


Hanya satu mata sahaja yang berjaya dicuri oleh Selangor untuk dibawa pulang selepas sekadar seri 2-2 dengan pasukan tuan rumah Negeri Sembilan. Selangor bermula dengan agak goyah dimana kesilapan pertahanan telah membuatkan penyerang import rusa Effa Owona berjaya menjaringkan gol seawal minit ke-4. Menggunakan formasi 4-5-1 dimana Amri Yahya bermain sebagai penyerang tunggal, gagal mempamerkan aksi menyerang yang baik. Sebaliknya Negeri Sembilan lebih bertenaga untuk mencipta serangan kearah kubu Selangor.

Negeri Sembilan telah berjaya mendapatkan sepakan penalti setelah Kunalan dijatuhkan. Owona sekali lagi berjaya menyudahkan tendangan tersebut untuk mendahului dengan kedudukan selesa 2-0. Menyedari formasinya tidak berkesan, Irfan segera memasukkan K. Soley untuk mengantikan Nasriq Baharom. Separuh masa keputusan kekal 2-0.

Separuh masa kedua, Selangor mula mempamerkan aksi kebangkitan. Beberapa percubaan dari Safiq berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Negeri Sembilan. Walaubagaimanapun, Amirulhadi berjaya memecah kebuntuan apbila berjaya merembat masuk untuk merapatkan kedudukan 2-1. Sepuluh minit kemudian, giliran K. Soley pula dikasari di dalam kotak penalti dan pengadil tidak teragak2 untuk memberi sepakan penalti. Akhirnya Safiq juga telah berjaya menyudahkan sepakan tersebut untuk mengikat kedudukan 2-2.

Walaupun seri secara keseluruhannya Selangor berjaya menguasai perlawanan. Mungkin disebabkan perlawanan sulong dan keserasian pemain2 belum tercipta, kita harapkan Pasukan Red Giants dapat mencipta kejayaan pada perlawanan menentang Perak di Stadium Nasional Bukit Jalil pada hari Sabtu nanti.




No comments:

Post a Comment