Tuesday, February 14, 2012

SELANGOR - THE RED GIANTS!!!

BERIKUT ADALAH 24 PEMAIN SELANGOR BAGI MUSIM 2012 DAN BAKAL MENGGALAS CABARAN MERAH KUNING DALAM AKSI LIGA SUPER...




PENJAGA GOL

Norazlan bin Razali
Umur: 26 | Tempat Lahir: Johor
Aksi cemerlang pelatih skuad kebangsaan ini sewaktu mewakili Kuala Lumpur hampir menggagalkan Selangor untuk layak ke suku akhir Piala Malaysia tahun ini. Beraksi untuk negeri kelahirannya Johor sehingga 2009 sebelum berubah angin ke Kuala Lumpur. Bakal bersaing dengan Jeeva untuk slot penjaga gol utama Selangor.

Jeevananthan a/l Gunasekaran
Umur: 31 | Tempat Lahir: Johor
Dipinjam dari USM FC untuk kempen Piala Malaysia, persembahan Jeeva walaupun tidak outstanding namun menampilkan tahap keyakinan yang tinggi semasa bermain, jauh berbeza dengan aksi gugup 2 penjaga gol yang digugurkan Iqbal Suhaimi dan Saiful Amar Sudar. Hampir melengkapkan fairy tale membawa Selangor selangkah sahaja ke final sebelum dikecewakan Terengganu, namun sudah cukup untuk menerima panggilan skuad kebangsaan dan tawaran kontrak tetap untuk musim 2012.

Mohd Fairul Azwan bin Shahrullai
Umur: 24 | Tempat Lahir: Kuala Lumpur
Penjaga gol terakhir yang membawa Selangor menjulang Piala Presiden, malang untuk Fairul Azwan apabila mengalami kecederaan ACL sewaktu latihan menjelang Piala Malaysia sekaligus memaksa Selangor meminjam Jeevananthan dari USM FC.

PERTAHANAN

Mohd Razman bin Roslan
Umur: 27 | Tempat Lahir: Selangor
Mengalami kecederaan di awal musim lalu, kembali di pertengahan musim namun Razman dilihat mengambil masa untuk mendapatkan kembali sentuhannya. Semakin memperbaiki prestasi sehingga ke penghujung, cukup untuk beliau dikekalkan bagi musim 2012.

Mohd Nasriq bin Baharom
Umur: 24 | Tempat Lahir: Selangor
Juga dihantui masalah kecederaan berpanjangan yang menyaksikan Nasriq kelihangan tempat dalam skuad kebangsaan yang menjulang Piala Suzuki 2010. Kembali diletakkan dalam kesebelasan utama Selangor dalam kempen Piala Malaysia namun dilihat tidak lagi mempunyai tempat dalam skuad kebangsaan.

Mohd Asraruddin Putra bin Omar
Umur: 23 | Tempat Lahir: Selangor
Tahun roller-coaster buat Asraruddin - menjulang Piala Suzuki 2010, beraksi di pertahanan tengah sebagai ganti Nasriq dan Khairul Anuar Baharum, kembali ke bangku simpanan sebagai backup P Gunalan di bek kiri, menjaringkan hattrick luar dugaan sebagai pemain sayap kiri ketika menentang Perlis, kembali menerajui barisan pertahanan tengah Selangor semasa Piala Malaysia dan kini bermain untuk skuad Sukan SEA negara di Jakarta.

Gunalan a/l Padathan
Umur: 29 | Tempat Lahir: Kuala Lumpur
Seperti lazimnya sejak beliau membuat debut untuk Selangor pada 2003, sentiasa solid tanpa sebarang outstanding performance. Terdapat ura-ura pemangku kapten ini bakal digugurkan namun tiada peminat yang terkejut apabila beliau terus ditawarkan kontrak baru untuk musim 2012.

Ramez Dayoub
Umur: 27 | Tempat Lahir: Beirut, Lebanon
Lebanon dilihat menjadi sasaran pasukan Liga Malaysia musim ini, selepas Kelantan menandatangani penyerang Mohammed Ghaddar. Ramez telah pun menjalani latihan bersama skuad Selangor sejak tiba di Malaysia 24 November lalu dan tampak selesa bersama rakan-rakan baru.

Md Hasmarul Fadzir bin Hassan
Umur: 25 | Tempat Lahir: Johor
Boleh beraksi di bahagian pertahanan dan tengah, pemain tinggi lampai ini juga mampu mengambil sepakan percuma. Walaupun Hasmarul merupakan gandingan Aidil Zafuan di barisan pertahanan semasa Kejohanan Belia (Bawah-20) AFC 2004 malah mewakili MASUM dalam Sukan Universiti ASEAN 2008, namun berada di bawah radar dan tidak dikenali ramai kerana hanya beraksi untuk kelab PKNS, KL Plus dan Felda United sepanjang kariernya.

TENGAH

Safiq bin Rahim
Umur: 24 | Tempat Lahir: Negeri Sembilan
Kapten pasukan kebangsaan ini mengalami musim merudumnya bersama Selangor walaupun tampil bergaya tiap kali mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa, menyebabkan timbul spekulasi beliau gagal menyesuaikan diri dengan taktikal bekas jurulatih K Devan. Teori ini diperkuatkan lagi apabila beliau dilihat lebih bertenaga di bawah jurulatih sementara P Maniam dan hampir membawa Selangor ke final menerusi set-piecenya.

Mohd Amirulhadi bin Zainal
Umur: 25 | Tempat Lahir: Melaka
Persembahan turun-naiknya sepanjang musim dan insiden beliau diejek penonton sendiri sewaktu persembahan below-par semasa separuh akhir pertama menentang Terengganu menimbulkan spekulasi beliau akan angkat kaki namun akhirnya terus menyambung kontrak untuk semusim lagi.

Mohd Bunyamin bin Umar
Umur: 23 | Tempat Lahir: Kedah
Seorang lagi pemain yang pastinya ingin merebut kembali tempat di dalam skuad kebangsaan, masih belum dapat menemui rentak bersama Selangor setelah dua musim menghabiskan masa di bilik rawatan. Jelas selesa dalam formasi 4-3-3 jurulatih P Maniam sewaktu kempen Piala Malaysia, dengan ketiadaan Mohd Hardi Jaafar yang digugurkan pasti Bunyamin ingin menjamin tempatnya di dalam kesebelasan utama.

Azidan bin Sarudin
Umur: 25 | Tempat Lahir: Kuala Lumpur
Bekas kapten Kuala Lumpur ini merupakan perencana tengah all-rounder sewaktu bersama pasukan lamanya, namun kelihatan tenggelam dalam barisan midfield Merah Kuning. Devan turut tidak membantu apabila mengehadkan pergerakan beliau dengan tugas sebagai pemain tengah bertahan. Ramai ingin melihat bagaimana perancangan Irfan Bakti untuk Azidan di musim baru nanti.

Mohd Fitri Shazwan bin Raduwan
Umur: 24 | Tempat Lahir: Selangor
Seorang lagi pemain yang mendapat manfaat dari perubahan taktikal Maniam, Fitri dilihat mula beraksi secara matang dan tidak lagi membiarkan tubuh kecilnya menjadi alasan untuk beliau tidak menunjukkan pengaruhnya dalam aksi permainan.

Mohd Fazilidin bin Khalid
Umur: 26 | Tempat Lahir: Selangor
Pemain backup. Fazilidin masih gagal menembusi kesebelasan utama Selangor sejak 2007, namun boleh diharapkan jika berlaku kecederaan atau jurulatih memerlukan tenaga tambahan dalam mempertahankan kedudukan di hujung perlawanan.

Khairul Anuar bin Khalid
Umur: 20 | Tempat Lahir: Selangor
Skuad Piala Presiden Selangor 2011 menampilkan aksi buruk sepanjang musim namun kapten mereka Khairul Anuar antara yang dilihat menampilkan aksi konsisten. Peminat Selangor pasti masih mengingati beliau apabila mengambil tempat C Premnath dalam slot pemain Bawah 20 dalam kesebelasan utama Selangor 2009. Pernah beraksi untuk skuad Bawah 19 negara. Seperti Bunyamin, beliau boleh beraksi sebagai pertahanan tengah jika diperlukan.

Solihin bin Kanasian Abdullah
Umur: 28 | Tempat Lahir: Kedah
Anak kelahiran Kedah yang lebih popular dengan nama lamanya K. Soley ini beraksi untuk negeri asalnya sejak awal karier sehingga ke musim 2007 sebelum berhijrah ke Perlis. Menyertai Kelantan pada 2011 namun gagal menembusi kesebelasan utama sebelum digugurkan. Peminat Selangor pastinya melihat situasi ini penuh resah sambil mengingati nama-nama seperti Sanjos Sundawat, K Nanthakumar, Fadzli Saari - pemain-pemain 'ada nama' tetapi sudah melepasi zaman kegemilangan mereka dan akhirnya sekadar beraksi seperti pemain pelengkap skuad sahaja.

Wan Mohd Hoesne bin Wan Hussain
Umur: 24 | Tempat Lahir: Selangor
Wan Mohd Hoesne atau lebih popular dengan gelaran Tony beraksi untuk skuad Piala Presiden Selangor bawah kendalian Talib Sulaiman pada musim 2006 dan 2007 sebelum diserapkan dalam skuad Liga Super 2008. Gagal mendapat tempat dalam kesebelasan utama, Tony berhijrah ke KL Plus untuk musim berikutnya dan beraksi untuk Johor FC pada 2011. Turut mewakili Selangor dalam skuad SUKMA 2010. Selesa beraksi sebagai pemain attacking midfielder.

Adib Aizuddin bin Ab Latif
Umur: 25 | Tempat Lahir: Perak
Seorang lagi anak didik Talib Sulaiman, Adib bermain untuk skuad Piala Presiden Selangor 2006 dan 2007 sebelum berhijrah ke Johor. Empat tahun di selatan tanahair, Adib menjadi pemain tonggak barisan tengah Johor namun memilih untuk kembali berbakti untuk Selangor bagi menghadapi musim 2012.

Gurusamy Govandar a/l Kandasamy
Umur: 22 | Tempat Lahir: Selangor
Adik kepada pemain Selangor musim 2011 K. Depan Sakwati, K Gurusamy yang telah beraksi untuk skuad Harimau Muda selama hampir 6 tahun akhirnya dilepaskan berikutan bakal melepasi had umur Januari tahun hadapan sekaligus menambah saingan barisan tengah Selangor. Pengalaman luas beliau di peringkat antarabangsa memenangi pingat emas Sukan SEA 2009 & 2011 serta kejayaan menjulang Piala Suzuki 2011 bakal peminat skuad Merah Kuning namun beliau pasti berhadapan cabaran sengit pemain kebangsaan lain seperti Safiq, Bunyamin dan Azidan di jentera tengah Selangor.

PENYERANG

Mohd Amri bin Yahyah
Umur: 29 | Tempat Lahir: Selangor
Selangor membayar harga yang mahal apabila hanya berharapkan pada Amri Yahyah untuk sandaran gol selepas pemergian Safee Sali. Ketiadaan beliau akibat kecederaan amat dirasai sewaktu aksi separuh akhir menentang Terengganu, namun peranan terbaik Amri adalah sebagai striker kedua di belakang striker utama atau sebagai pemain tengah menyerang.

Surendren a/l Rasiah
Umur: 29 | Tempat Lahir: Perak
Sejak meninggalkan Perak, Surendren menjaringkan 22 gol untuk Selangor pada musim 2009 dan 2010 sebelum digugurkan untuk aksi 2011 akibat masalah kecederaan yang sering melanda. Penglibatannya bersama Pahang untuk musim 2011 turut terjejas akibat masalah yang sama malah tidak banyak membantu walaupun dipinjamkan kepada Kelantan untuk aksi Piala Malaysia. Tempoh rehat yang panjang dilihat berjaya memulihkan beliau tetapi FAS tidak mengambil risiko apabila mengarahkan beliau untuk menjalani siri ujian kecergasan sebelum diterima untuk kembali menyarung jersi Merah Kuning

Famirul Asraf bin Sayuti
Umur: 22 | Tempat Lahir: Kelantan
Baru menjangkau umur 22 tahun, 17 November lalu, anak muda yang semakin meningkat naik ini membuktikan kematangannya apabila menjadi sandaran skuad Tok Gajah bimbingan Dollah Salleh dalam memburu gol sepanjang dua musim kebelakangan ini. Peminat Selangor terutamanya mungkin masih belum lupa kelibat pemain berjersi
no 10 ini yang menjaringkan gol kedua Pahang ketika Selangor bertandang ke Stadium Darul Makmur tahun lalu di sini

No comments:

Post a Comment